Thursday, October 25, 2012

MENGUMPAT... Peringatan buat diriku dan dirimu..

Rasulullah s.a.w
” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.” Hadis Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. Tahukah Anda..??

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Tuesday, July 3, 2012

Jauhilah Sifat Kemunafikan



وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ
"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka membuat kamu kagum."
[Al-Munafiqun, 63:4]


Orang-orang munafik lebih memerhatikan yang lahir daripada yang batin. Tubuh mereka segar, tetapi hati mereka kering. Tampang menggiurkan, tapi batin menyeramkan. Dalam terang mereka nampak terhormat, sedang dalam kelam mereka berubah menjadi kelawar. Mulut manis, jiwa pahit. Yang pertama-tama anda saksikan pada orang seperti ini adalah postur tubuh yang indah, tulang yang kukuh, otot yang kekar, lengan berisi, perut kenyang, gemuk, cakap besar, dan mudah melontarkan pujian. Tetapi, di sebalik semua itu, mereka menyembunyikan mental yang rendah, cita-cita buruk, dan niat jahat. Kanser ganas telah tumbuh subur di setiap sudut hati, kehampaan bersarang di dalam batin. Mulut mereka seperti lombong dusta dan kepalsuan. Sementara hati mereka seperti bangunan runtuh yang dihuni oleh kemunafikan, kekafiran, dan dipenuhi dosa.

Persoalannya bukan pada bentuk, penampilan, dan wajah yang tampan, tetapi masalahnya adalah hati yang melihat cahaya, jiwa yang memancarkan kebaikan, dan tabiat yang mencerminkan kemuliaan. Barangsiapa menyangsikan perintah Allah, meragukan agamanya, enggan menyembah-Nya, memerangi para utusan-Nya, memusuhi para kekasih-Nya, dan menghina hamba-hamba-Nya adalah orang yang paling pantas untuk dicampakkan, direndahkan, dan dihina. Orang seperti itu jiwanya busuk, batinnya khianat, dan kehendaknya mati.

Orang-orang yang bentuk tubuhnya mengundang decak kagum itu, apabila mengerjakan solat, mereka mengerjakannya dengan malas-malasan dan jarang sekali mengingat Allah. Mereka tidak menafkahkan harta kecuali dengan sangat terpaksa. mereka adalah orang yang paling lemah untuk mengerjakan kebaktian, melakukan amal soleh, dan melaksanakan kewajipan. Sebaliknya, mereka sangat kuat dalam memburu kesenangan dan melakukan kemaksiatan. Allah tidak memandang tubuh kita, tetapi memandang hati dan perbuatan-perbuatan kita. Oleh sebab itu, janganlah kamu tertipu oleh tubuh yang tidak berhati; oleh kerangka yang tidak punyai ruh dan jasad yang tidak mengandungi kehidupan.
Tidak ada ertinya tubuh tinggi dan besar

Apa ertinya tubuh bagal tapi impiannya burung pipit

Untuk itu, kita harus melihatnkepada hakikat, akhlak, dan sifat manusia.

Lihat mata pedang dan abaikan punggungnya

Pertimbangkan keutamaan pemuda sahaja

Tanpa memerhatikan hiasan yang dipakai

Darjat orang itu tidak diukur dengan pakaian. Orang-orang besar itu tidak diukur dengan jengkal, tidak pula ditimbang dengan kiloan, tetapi nilai mereka yang sesungguhnya adalah amal soleh, tinggi mereka adalah akhlak mulia, dan bobot mereka adalah sejarah yang cemerlang. Sehelai rambut di kepala sahabat Rasulullah, Abdullah bin Mas'ud, lebih baik daripada satu juta orang semacam Abdullah bin Ubay, seorang munafik gemuk, gendut, dan subur. Kuku Bilal bin Rabah lebih baik daripada sepasukan orang semacam Abu Jahal tinggi, besar dan seram. Semua ini kerana masalahnya adalah masalah iman, pemahaman, kesolehan, dan takwa; bukannya daging, tulang lemak dan darah.
[Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni, Nikmatnya Hidangan al-Quran, m/s 239-240 (Maghfirah, 2005)]

+++
Konklusinya, ikhwah dan akhwat sekalian. Perhatikanlah diri kita. Lihat kembali dalam hati kita. Cermati juga akhlak kita.

Apakah memang diri kita sangat soleh dari segi lahiriah, tetapi batinnya kita sedang mengingkari Allah?

Apakah hati kita masih lagi keras membatu apabila diajak untuk mengingat Allah? Merasakan kita sudah cukup besar untuk tidak mengingat Allah.

Akhi, batu sendiri kadang-kadang terjatuh kerana takutkan Allah! Gunung sendiri terpecah belah kerana takutkan Allah!

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan." 
[QS Al-Baqarah, 2:74]

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia berfikir."  
[QS Al-Hasyr, 59:21]



Macam mana pula hati kita? Bila kali terakhir ia tersungkur jatuh kerana takutkan Allah? Bila pula ia terpecah belah mengeluarkan air mata kerana takutkan Allah?


"Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." 
[QS Az Zumar, 39:22]

 Ikhlaskan niat kita. Jauhilah kemunafikan.

Sunday, January 29, 2012

Budaya Couple Bukan Budaya Islam


 
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; 

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).
 
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; 

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah) 

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya. 

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi) 

ALLAH berfirman;
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)
 
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM. 

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
(al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: 
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) 
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?


Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:  
Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). 
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.


Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Sunday, October 16, 2011

SEBUAH EKSPERIMEN TENTANG KEAJAIBAN LALAT..


”Khalid  bin Makhlid  menceritakan  kepada  kami,  Sulaiman  bin  Bilal Menceritakan   kepada  kami, beliau berkata  :  ’Utsbah  bin Muslim bercerita kepadaku bahwa beliau berkata : ’Ubaid bin Hunain mengabarkan kepadaku  Bahwa  beliau  berkata  :  Aku mendengar  Abu  Hurairoh  Radhiyallâhu  ’anhu  Berkata : Rasūlullah Shallallahu ’alaihi wa Sallam bersabda :
”Apabila seekor lalat jatuh ke dalam gelas salah seorang dari kalian, maka celupkanlah lalat  itu  lalu angkatlah (buanglah) karena pada salah  satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap satunya terdapat obat.”
Banyak yang menolak dan mengingkari hadits ini dengan alasan menyalahi realitas dan bahkan ilmu kedokteran. Benarkah demikian?
Kepada para penolak hadîts lalat ini, berikut sebuah bukti bagaimana benarnya Nabiullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan bagaimana mukjizat beliau akhirnya terkuak oleh sains dan pengetahuan modern.
Sebuah penelitian terbaru yang dilakukan oleh Tim Departemen Mikrobiologi Medis, Fakultas Sains, Universitas Qâshim, Kerajaan Arab Saudi, beberapa peneliti muda yang terdiri dari :
1. Sâmi Ibrâhîm at-Tailî
2.’ dil ‘Abdurrahmân al-Misnid
3. Khâlid Dza’âr al-Utaibî
Yang dibimbing oleh Dr. Jamâl Hâmid, dan dikoordinasi oleh DR. Shâlih ash- Shâlih (seorang da’i terkenal di Eropa), melakukan penelitian tentang analisa mikrobiologi tentang sayap lalat. Laporan ini mereka presentasikan ke acara ”Student Research Seminar” di Universitas Qâshim, KSA.
Metode yang mereka gunakan cukup sederhana, yaitu mengkultivasi (menumbuhkan) air steril yang telah dicelupkan lalat ke media Agar [media yang berasal dari musilaginosa kering yang diekstrak dari ganggang mereh, yang mencari pada suhu 100°C dan memadat pada suhu 40°C yang tidak dapat dicerna oleh mikroba,] kemudian mengidentifikasi mikroba yang tumbuh.
Lalat yang digunakan ada beberapa spesies, dan sample yang digunakan untuk tiap spesies terdiri dari dua sample, yaitu
  1. sample air steril dimana lalat dimasukkan sedemikian rupa sehingga hanya pada bagian sayap lalat saja, dan
  2. sample air steril yang dimasukkan lalat yang dicelup seluruh tubuhnya. Semua ini dilakukan secara aseptis (bebas mikroba) di ruangan khusus, untuk menghindarkan terjadinya kontaminasi luar yang akan membuat hasil penelitian menjadi bias.
Setelah itu, sampel air tadi dikultivasi ke media Agar dan diinkubasi selama beberapa harisehingga kultur (biakan) mikroba tumbuh dan tampak secara jelas. Hasil kultur mikroba tersebut diidentifikasi untuk mengetahui jenis mikroba tersebut. Berikut ini adalah hasilnya :
Spesies Lalat A
Cawan Petri 1 :
sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya terbenam).
Cawan Petri 2 :
sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa
membenamkannya.
Hasil Penelitian  :
Pada cawan petri 2, setelah diidentifikasi ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteri patogen tipe E. Coli, yang merupakan penyebab berbagai macam penyakit. Adapun pada cawan 1, pada awal mulanya tampak tumbuh koloni kecil tipe E. Coli, namun pertumbuhannya terhambat oleh mikororganisme yang setelah diidentifikasi merupakan bakteri Actinomyces yang dapat memproduksi antibiotik. Bakteri ini biasanya menghasilkan antibiotik yang dapat diekstrak, yaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteri dan bersifat antibakteri dan antifungi.
Spesies Lalat B
Cawan Petri 1 :
sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya terbenam).
Cawan Petri 2 :
sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa membenamkannya.
Hasil :
Pada cawan petri 2, setelah diidentifikasi ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteri patogen tipe Coynobacterium dephteroid, yang merupakan penyebab berbagai macam penyakit. Adapun pada cawan 1, tumbuh mikororganisme yang setelah diidentifikasi merupakan bakteri Actinomyces yang memproduksi antibiotik. Bakteri ini biasanya menghasilkan antibiotic yang dapat diekstrak, yaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteri dan  ersifat antibakteri dan antifungi.
Spesies Lalat C
Cawan Petri 1 :
sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya terbenam).
Cawan Petri 2 :
sampel kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa membenamkannya.
Hasil :
Pada cawan petri 2, setelah diidentifikasi ternyata media ditumbuhi oleh koloni bakteri patogen tipe Staphylococcus sp., yang merupakan penyebab berbagai macam penyakit. Adapun pada cawan 1, tumbuh mikroorganisme  yang setelah diidentifikasi merupakan bakteri Actinomyces yang memproduksi antibiotik. Bakteri ini biasanya menghasilkan antibiotik yang dapat diekstrak, yaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi melisiskan bakteri dan bersifat antibakteri dan antifungi. Hasil yang serupa diperoleh untuk jenis lalat lain yang banyak mengandung bakteri patogen Salmonella sp. dan Proteus sp., yang terhambat oleh pertumbuhan Actinomyces.
Kesimpulan :
Masuknya lalat pada makanan atau minuman, dengan  dan tanpa dicelup, ternyata  memberikan hasil berbeda yang secara  signifikan. Hal ini membenarkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahwa pada sayap lalat itu terdapat penyakit sekaligus penawarnya.
Subhanallah, 14 abad yang lalu, seseorang bisa memberikan informasi seperti ini tanpa ada riset. Masihkah ada yang mencoba menyangkal kebenaran islam?
Maha benar Allah dan Maha benar Rasulullah Shallâllâhu alaihi wa Sallam yang menjadi penyampai wahyu-Nya.
Referensi :  Mukjizat Hadits Lalat. Studi Ilmiah Hadits Lalat dalam Perspekstif Islâm dan Ilmu Medis Modern, Abu Salma Muhammad Rachdie, S.Si
Jurnal ilmiah:
http://abdurrahman.org/health/TheHadeethontheFly.pdf
Catatan:
beberapa pekan lalu, kaum ateis menyangkal kebenaran hadist di atas dengan argumen bahwa bakteri kelas Actinomycetes  tidak menghasilkan antibiotik, itu salah!
Karena bahan aktif antibiotik dapat diproduksi dari alga, lichen, tumbuhan tingkat tinggi, hewan tingkat rendah, vertebrata, dan mikroorganisme. Hingga saat ini, sumber terbesar berasal dari mikroorganisme karena dari siklus hidupnya yang cepat membuatnya paling mudah diproduksi.
Di antara mikroorganisme, bakteri kelas Actinomycetes menguasai porsi sekitar 60 persen. Dari satu contoh genus bakteri dari kelas ini saja, yakni Streptomyces, pada akhir 1972 telah mampu menghasilkan hingga 2.078 jenis antibiotik. Bahan-bahan aktifnya pada umumnya bekerja secara langsung pada ribosom bakteri patogen, menghambat sintesa protein, sehingga mengganggu translasi pesan genetik bakteri jahat itu.
selengkapnya baca di http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/2005/02/14/ILT/mbm.20050214.ILT104750.id.html.
dan untuk membuktikan kebenaran note di atas, admin akan menyertakan situs ilmiah yang sering dipakai ateis untuk referensi, yaitu http://abc.gov.au/science/articles/2002/10/01/689400.htm
di jelaskan di atas bahwa ternyata Ilmuan dari Australia telah menemukan antibiotik yang bisa dimanfaatkan dari Lalat dengan cara diekstrasikan dengan menenggelamkannya kedalam Etanol http://abc.gov.au/science/articles/2002/10/01/689400.htm.
dengan begini mutlak kebenaran islam tak terbantahkan oleh para kafir,sekalipun Ateis..
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (QS 9:32)
Subhanallah Maha Benar Allah dengan segala firmanNya tentang lalat!

Monday, September 26, 2011

10 Lubang Terbesar Di Dunia


greatbluehole belize1 300x231 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Great Blue Hole, Belize
Lubang Biru Besar adalah lubang jurang bawah air di pantai Belize. Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki. Lubang ini terbentuk sebagai gua kapur sejak zaman ais.
chuquicamatacoppermine chile 300x207 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Chuquicamata, Chile
Chuquicamata adalah lubang galian lombong terbuka di Chili. Ini adalah lombong dengan jumlah pengeluaran tertinggi di dunia – walaupun ini bukan lombong terbesar. Lombong ini dalamnya 850 meter.
udachnayapipe russia1 300x199 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Udachnaya Pipe, Russia
Pipa Udachnaya adalah lombong berlian di Rusia. Pemilik lombong bercadang menghentikan operasinya pada 2010 – untuk melaksanakan perlombongan bawah tanah. Lombong ini ditemui tahun 1955 dan dalamnya mencapai 600 meter.
guatemalasinkhole1 300x199 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Sink hole, Guatemala
Pada tahun 2007, sebuah lubang runtuh sedalam 300 kaki menelan rumah di Guatemala – membunuh 2 orang dan mengakibatkan ribuan dipindahkan. Lubang ini diakibatkan hujan dan aliran pembuangan bawah tanah.
Diavik Mine, Canada
Lombong Diavik adalah lombong di wilayah Barat laut Kanada. Lombong ini dibuka tahun 2003, memhasilkan 8 juta karat atau sekitar 1.600 kg (3500 lb) berlian setiap tahun.
mirnuydiamondtambangsiberia 300x193 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Mirny Diamond Mine, Siberia
Lombong Berlian Mirny memiliki kedalaman 525 m dan diameter 1.200 m. Ini adalah salah satu lombong berlian pertama dan terbesar di USSR (Soviet). Kini telah ditinggalkan. Sewaktu masih beroperasi, ia memerlukan 2 jam untuk lori melintas dari atas hingga ke dasar lombong.
binghamcanyonmine utah 300x212 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Bingham Canyon Mine, Utah
Lombong Ngarai Bingham adalah lombong di pegunungan Oquirrh, Utah. Lombong ini memiliki kedalaman 1,2 km, lebar 4 km. Ini adalah lombong penggalian terbesar di dunia.
gloryholeinmonticellodamcaligornia 300x225 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Monticello Dam, California
Lurang Monticello adalah lurang di Napa County, California, Paling dikenal di Amerika kerana katup melingkarnya dengan rata-rata 48.400 kaki kubik per saat.
kimberlybighole afrikaselatan 300x225 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Kimberley Diamond Mine, South Africa
Lombong berlian Kimberley (juga dikenal sebagai Big Hole) memiliki julukan lubang buatan tangan terbesar di dunia (masih diperdebatkan). Sejak 1866 sampai 1914, 50.000 perlombong menggalinya dengan cangkul dan penyeduk, menghasilkan 2.722 kg berlian. Sedang dilaksanakan untuk mendaftarkan lubang ini sebagai warisan dunia.
gerbangnerakaditurkmenistan 300x197 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Di tahun 1971, para geologis menemui deposit gas alam bawah tanah yang sangat besar di tempat ini. Sedang melakukan penggalian untuk mendapatkan gas, Menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.

Monday, September 19, 2011

Andai Yang Akan Mati Itu Aku...

Kematian. Satu benda yang kita tidak mampu untuk melihat akan keberadaannya. Tetapi, hampir semua manusia yakin akan kehadirannya. Ada yang takut. Ada yang berani menghadapinya. Bahkan ada yang mengejar akan ia. Apa itu kematian? 

Kematian itu satu pengakhiran. Kematian itu juga satu permulaan. 

Pengakhiran terhadap tempoh masa hidup di dunia. 

Permulaan untuk menempuh alam yang seterusnya. 

Kenapa saya kata, 

“Andai yang akan mati itu aku?”

Sedangkan, memanglah kita semua akan mati. Kita bukannya Allah SWT yang hidup selamanya. 


Kerana, cuba tanyakan dalam diri kita balik.. 

“Bila kali terakhir kita ingat akan kematian yang menanti kita?” 

Jika selalu kita ingat tentang itu. 

Maka tanyakan lagi, 

“Adakah amal-amal yang kita ada sekarang cukup untuk menjadi bekal dalam menempuh alam selepas kematian itu?” 
 
+++

Terima kasih kepada Allah kerana telah menemukan aku dengan dengan seseorang yang sekarang ini sedang bertarung nyawanya dalam nak menghadapi kematian. Walaupun dia berkata dia akan tetap berusaha untuk mengahadapinya untuk terus hidup. 

Dia membuka mata aku akan erti kematian itu sendiri. Walaupun aku tidak pernah lupa bahwa, Allah-lah tangan disebalik itu semua.

Pada aku, dia sangat beruntung kerana dia sudah tahu bahawa dirinya sekarang ini sangat dekat dengan kematian. Walaupun belum pasti. 

Tapi aku macam mana? 

Aku tak nampak itu semua. Aku cuma yakin bahawa aku akan mati. Tapi, aku kadang-kadang tidak berbuat seperti orang yang meyakini akan adanya kematian. Kerana mungkin aku tak tahu bila aku akan mati. 

Maksiat, dosa, lalai..

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Adakah aku sudah bersedia?

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Masihkah air mata itu terlalu mahal untuk mengalir? 

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Apakah taubat itu hanya sekadar cukup syarat atau ianya disertakan keikhlasan.. 

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Bila tarikh yang aku mahukan? 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim.” 
[QS ‘Ali Imran, 3:102] 
“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” 
[QS al-‘Araf, 7:34] 


Bunyinya mungkin macam orang bodoh.

"Apahal lah kau ni ingat tentang mati. Ajal maut kan ditangan tuhan. Jangan fikir bukan-bukan."

Tapi takpe, aku memang suka menjadi orang bodoh pada mata masyarakat. Tetapi,

Ibnu Umar radhiyallaahu ‘anhuma berkata,

“Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Anshar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaqnya’. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?’. Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.’ 
[HR Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy. Syaikh Al Albaniy dalam Shahih Ibnu Majah 2/419 berkata : hadits hasan]

dan aku tak nak jadi seperti,

“Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang adzab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang dzalim: “Ya Rabb kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.(Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?” 
[QS Ibrahim, 14 :44]
 
“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: “ Wahai Rabb-ku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal shaleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja.” 
[QS Al Mu’minun, 23:99-100]

....
"Andai yang akan mati itu aku?"

Adakah aku masih lagi mampu tertawa dengan kemaksiatan?


"Andai yang akan mati itu aku?"

Adakah aku masih akan berkira-kira dalam nak mendekatkan diri dengan Allah dengan khusyuk?

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]