Thursday, March 10, 2011

Enti Menangis...???


“Enti menangis..?”

“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”

“Habis, mata enti berair?”

“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.

“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

 
“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

 
“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

 
“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

 
“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
………………………………………….

 
“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

 
“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkesima sendirian.
……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

 
“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

 
“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

 
“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

 
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

 
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

 
“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

 
‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”

“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”

“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
 
“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
………………………………………….
 
Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

“Ustaz tidak main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”

“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
………………………………………….

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia . Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”
Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.
 
Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :
“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel . Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

-TAMAT-

Enam Golongan Perempuan, Jangan Dijadikan Isteri

KITAB MUHIMMAH
(Disyarahkan oleh Seorang Ustaz Penceramah Bebas di Malaysia. Ditulis dan diadaptasi dg minda Abuya Asaari)

Enam Golongan Perempuan, Jangan Dijadikan Isteri

1. Al -Anaanah: banyak keluh kesah. Yg tak cukup saja, apa yg dibagi semua tak cukup. Bagi rumah tak cukup, bagi motor tak cukup, bagi kereta tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan percaturan yg suami beri. Asik nak penuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya nak tolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah: suka mengungkit. Kalau suami buat hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Senang sangat nak mengata pada suami: tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi pembelaan macam2 padanya.

3. Al -Hunaanah: ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. Suka sangat membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah: suka memaksa. Bila nak sesuatu maka dipaksa suaminya berbuat. Pagi, petang malam asik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ugutan: nak lari, nak bunuh diri, nak malukan suami, dll. Suami tu dibuat macam hamba dia sahaja, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja.

5. Al -Hulaaqah: sibuk bersolek atau tidur atau merayau dll hingga lalai dg ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah: banyak bercakap, berleter sahaja. Siang malam, pagi petang asik berleter sahaja. Apa sahaja yg suami buat asik tak betul sahaja. Zaman sekarang ni berleter bukan saja bercakap depan suami, tapi dg talipon, SMS, internet dan macam2 caralah. Yg jelas isteri tu asik menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.

Kalau perempuan ini belum jadi isteri tuan-tuan, eloklah jangan ambil dia jadi isteri. Kalau dah terlanjur jadi isteri, didiklah dia sampai waktu tertentu. Kalau masih mampu nak didik, teruskanlah perkahwinan, kalau dah tak mampu, lebih baik berpisah dg baik.

Apa nak jadi dg keluarga haru-biru begini? Suami asik terganggu dan tertekan, isteri pula asik menggemukkan nafsunya. Tak mungkin ada kebahagiaan, mawaddah wa rahmah jauh sekali. Keluarga macam neraka sebelum neraka. Anak2 boleh jadi mangsa. Kepimpinan suami juga terjejas, dayuslah namanya. Anak2 boleh hilang hormat kpd ayah dan ibunya. Lebih malang lagi, mereka pun akan terbentuk dg kehancuran keluarga itu, samada langsung atau tidak langsung.

Keluarga itu tapak perjuangan, kalau haru-biru, penuh mazmumah, macamana nak jadi tapak?

Keluarga itu tempat hiburan dan kerehatan. Kalau isteri asik berleter, nak terhibur dan berehat macamana?

Keluarga itu tempat mengecas batery jiwa, kalau isteri asik buat perangai bolehkah mengecas jiwa dan semangat suami?

Keluarga itu masjid mengingati Allah. Kalau isteri asik lalai dg ibadah asas, masa bila nak ingat Allah?

Keluarga itu sumber ilham dan ilmu. Kalau isteri asik buat dosa dan maksiat, adakah ilham dan ilmu yg Allah turunkan?

Cubalah fikir dan renungkan, wahai para wanita, kita ini jenis wanita yang mana? Suami2 pula, sudahkah bersedia utk menjadi pendidik yg sabar dan bijaksana?

Bagaimanapun, Allah Maha Adil. Lelaki yg baik utk wanita yg baik. Begitu juga sebaliknya. Suami soleh utk isteri yg solehah. Isteri fasik utk suami yg fasik juga.

Monday, March 7, 2011

Roh Jihad Seorang Serikandi

Hujan turun renyai-renyai. Namun langkah Safiyyah makin laju menuju ke blog Ibnu Khaldun. Sesekali matanya memandang jam di tangan. Masa hanya tinggal lagi 5 minit. Mesyuarat akan bermula sebentar lagi. Peluh mula membasahi dahi sekalipun keadaan di sekeliling dingin dengan hujan yang turun. Dia gusar kali ini dia akan dimarahi. Sekalipun ini baru pertama kali dia melakukan perkara sedemikin, dia masih gentar kerana selaku Timbalan Presiden sudah pasti dia perlu datang awal daripada anak-anak buahnya. Apa yang merungsingkannya lagi hari ini adalah mesyuarat bersama pimpinan ikhwah.
 
            Dia sampai ke muka pintu Dewan Seroja tepat pukul 3.00p petang. Dengan segala kekuatan yang ada, dia buka pintu dewan. Semua mata tertumpu kepadanya. Dia terkaku untuk seketika. Dewan sudah dipenuhi oleh barisan pimpinan. Matanya liar memerhati barisan akhawat, ada satu kerusi kosong di bahagian hadapan, sudah pasti kerusi itu untuknya. Majlis masih belum bermula. Jadi, dengan lagak selambanya dan dengan muka yang bersahaja dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Belum sahaja sempat dia melangkah….
 
            “ Ustazah Safiyyah…boleh ana tahu kenapa ustazah lambat?” tiba-tiba ada suatu suara kedengaran di celah-celah orang ramai. Dewan sunyi sepi. Dia mengangkat muka yang sebentar tadi ditundukkan. Sudah dijangka, Presiden itu pasti akan menegurnya. Memang itulah kebiasaannya sekalipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
 
            “Arr….ana ada kerja sebentar tadi… tapi….ana rasa…” belum sempat Safiyyah dia meneruskan kata-kata….
 
            “Oh..nampaknya timbalan ana ni ada hal yang lebih penting lagi selain program kita pada petang ini ya? Ana sudah muak untuk menerima alasan dari barisan anak buah ana. Ini yang ana tak suka buat kerja dengan akhawat, ada sahaja alasannya.
 
            Aku mengetap bibir. Inilah perangai Ehsan yang amat aku tidak suka. Acap kali bila ingin menegur kesalahan anak buah, mesti sahaja dikaitkan dengan akhawat. Itu tak kena, ini tak kena. Semuanya akhawat yang salah. Nampak sangat kerjasama dengan akhawat 0%.
 
            Aku buat endah tak endah dengan kata-katanya. Memang aku punya alasan yang kukuh. Cuma dia sahaja yang tidak beri kesempatan kepadaku untuk meneruskan kata-kata. Tidak adil langsung. Aku duduk di tempat yang disediakan. Aku tahu ada sepasang mata yang masih memandanglu. Namun, aku buat biasa sahaja. Salah satu perangai aku, aku takkan pandang mata lelaki apabila bercakap. Tidak ada rasa untuk memandang sekalipun aku tahu sudah berkali-kali aku ditegur kerana bercakap tanpa memandang mata. Tapi itu prinsip aku.
 
            5 minit kemudian majlis bermula. Saudara Rafiq menjadi pengerusi majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudiannya kami bersama-sama menyanyikan lagu Gelombang Keadilan yang merupakan lagu tema Persatuan Dakwah ini. Majlis kemudiannya diserahkan kepada Ehsan selaku Presiden untuk membentangkan gerak kerja program XPDC Dakwah yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

            Bismillahirahhamnirrahim…. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Rafiq selaku Pengerusi Majlis kita pada hari ini. Yang dihormati barisan kepimpinan dan juga rakan jihad yang amat ana kasihi sekalian. Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi kesempatan untuk duduk bersama dalam sebuah majlis dakwah untuk kita sama-sama mendengar apa yang telah diamanahkan oleh barisan kepimpinan atasan kepada kita. Jadi, ana harap apa yang akan cakapkan ini dapat diterima umum kerana ini bukan ketetapan ana tetapi ketetapan pihak koordinator perlaksana. Sekalipun ana Presiden, ana tetap harus wala' dengan apa yang pimpinan atasan tetapkan. Ana harap anak-anak buah ana juga turut begitu.
 
Rakan jihad yang amat ana kagumi sekalian,
            Sepertimana yang kita tahu, kita akan menghadiri satu program yakni XPDC Dakwah yang akan diadakan di Hutan Lipur Bukit Hijau di Kedah. Program ini khas buat barisan jundi sekalian untuk kita sama-sama ditarbiyah dan digilap menjadi seorang jundi yang cintakan syahid. Jadi, untuk pengetahuan semua, program ini agak mencabar dan sudah pasti memerlukan persediaan mental dan fizikal yang mantap. Justeru itu, ana tidak mahu ada insan-insan yang lemah di dalam program ini kerana ia mungkin akan melunturkan semangat sahabat-sahabat lain yang gigih berprogram.
 
            Taklif untuk program ini juga mencabar. Diharap semuanya dapat menghabiskan taklif ini sebelum program bermula. Ana difahamkan, jika ada di antara kita yang tidak dapat menghabiskan taklif, maka bukan dia seorang yang akan dikenakan hukuman, malahan kita semua akan menerima padahnya. Taklif program ialah hafal surah as-soff, al-hujurat, zikir 7 500x setiap satu, solat sunat setiap hari, baca al quran satu muka surat setiap hari dan puasa sunat hari program bermula.
 
Peralatan-peralatan yang harus dibawa ialah seluar track suit 2 termasuk yang dipakai, t-shirt 2 helai termasuk yang dipakai, tasbih, serban, al-quran, kasut sukan, mathurat. Semua barang ini harus diisi dalam sebuah beg galas. Jika ada sesiapa yang membawa lebih daripada apa yang ana nyatakan ini, akan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja di akhir program kerana barang-barangnya akan dirampas.
 
            Di sini ada satu berita yang agak mengejutkan dan hakikatnya ana senang dengan keputusan ini. Keputusan ini adalah muktamad dan tidak boleh di bawa berbincang lagi. Ingat, program ini bukan perancangan ana, tetapi perancangan kepimpinan yang terdahulu. Semalam, ana dipanggil oleh barisan pimpinan dan selama 5 jam kami berbincang, kami sudah membuat keputusan bahawasanya kami tidak akan membenarkan akhawat mengikuti program ini. Ana juga merasakan tidak perlu barisan akhawat mengikuti program kali ini. Ana diberitahu bahawa program ini benar-benar mencabar dan mungkin akan ada akhawat yang tidak mampu meneruskan program. Jadi, ana tidak mahu kelemahan akhawat itu mengganggu barisan kepimpinan yang lain kerana sepenuh perhatian harus diberikan dalam program ini supaya visi dan misi program ini tercapai. Barisan ikhwah tidak mahu bertangggungjawab kerana kami ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap program.  Harap maklum. Wassalam…
 
            Dewan tiba-tiba menjadi gamat. Apa? Akhawat tidak dibenarkan ikut bersama. Tersirap darahku. Sungguh tidak adil. Alasan yang diberikan membuatkan aku benar-benar marah dan dia begitu bersahaja menyatakannya. Langsung tidak ada rasa simpati terhadap barisan akhawat yang begitu bersemangat ingin turun bersama. Aku memandang ke arah Ehsan. Dia membalas pandanganku dan hanya menggangguk tanda keputusan itu adalah muktamad. Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Beberapa orang akhawat sudah menunjukkan reaksi tidak puas hati. Aku hanya mampu menyabarkan mereka sedangkan diri aku lagi parah lukanya menerima keputusan ini.
 
            Saudara Rafiq bangun untuk meredakan majlis. Dewan masih lagi gamat. Dia terhenti bercakap untuk seketika. Dia menuju ke arah Ehsan. Setelah beberapa ketika dia kembali bercakap dan kemudiannya kedengaran namaku dipanggil. Aku diminta untuk berucap. Apa yang hendak aku katakan? Aku memandang ke arah barisan kepimpinan akhawat. Mereka menggangguk tanda memberi sokongan kepadaku, malahan ada juga usapan lembut di belakangku. Aku tunduk untuk seketika dan menarik nafas sedalam yang mampu. Aku bangun dengan perlahan-lahan. Dewan menjadi sepi untuk seketika. Aku rasakan aku mencuri tumpuan semua orang.
 
            Bismillahirrahmanirrahim…. Terima kasih ana ucapkan buat saudara pengerusi majlis, Yang Dihormati barisan kepimpinan sahabat juang yang amat ana kagumi sekalian. Semoga semangat juang para sahabat dalam menegakkan Islam mengalir ke dalam jasad kita. Ingat, kita berjuang kerana Allah, maka setiap derap langkah kita haruslah ikhlas semata-mata kerana Allah.
 
            Tiada apa yang ingin ana bicarakan. Kelu lidah ini untuk berkata-kata. Keputusan tadi benar-benar membuatkan darah ana tersirap. Terasa tidak adil apabila barisan akhawat diperkecilkan begitu sahaja. Jadi, ana tidak kisah. Ikutlah… andai itu yang terbaik, ana terima. Cuma satu yang akan ana katakan, janganlah kita memandang rendah terhadap akhawat yang ingin berjuang. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam setiap hati manusia. Barangkali dia lebih ikhlas berjuang daripada kita.
 
Barisan akhawat yang amat ana sayangi sekalian,
            Usah kalian risau. Perjuangan kita masih panjang. Tidak semestinya apabila kita tidak menempatkan diri di dalam program ini, semangat juang kita akan terhenti begitu sahaja. Ingat, kita bukan berjuang kerana adanya barisan ikhwah, tapi kita berjuang kerana Allah ada bersama. Setiap derap langkah kita bukan untuk kepimpinan ikhwah yang gah dipandang, yang hebat dicanang, tetapi…derap langkah kita untuk gapai redha-Nya semata, biar tidak gah di dunia, tetapi kita gah di akhirat sana.
 
Buat barisan kepimpinan ikhwah,
            Selamat berprogram dan selamat berjuang. Moga-moga tanpa kehadiran akhawat yang begitu melecehkan, kalian dapat berjuang dengan hati yang berbunga jihad. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap program. Bak kata presiden kita, agar visi dan misi terlaksana. Apa-apa pun, jika ikhwah merasakan tidak perlunya akhawat lagi, teruskanlah perjuangan kalian tanpa ada barisan akhawat yang akan membantu gerak kerja sekalian. Salam jihad dari ana… wassalam….

            Usai aku berucap, aku terus meminta izin untuk keluar. Aku keluar dari dewan tanpa menghiraukan sesiapun. Aku tahu, nama aku dipanggil berkali-kali. Namun aku biarkan sahaja. Aku hayun langkah ini menuju ke masjid. Sedih hati ini bukan kepalang. Sudah berkali-kali Ehsan membuat perangai begini. Akhawat diperlecehkan. Kami dikatakan tidak ada semangat jihad. Kami dikatakan akhawat yang hanya mengundang fitnah kepada ikhwah. Aduh…sakitnya hati ini. Bukankah ikhwah sepatutnya menyelamatkan akhawatnya? Membantu dari belakang…. Argh…biarkan sahaja dia dengan dunia dia….
 
*****
 
            Setahun telah berlalu. Ehsan Fahmi kini bergelar seorang peguam syariah termuda di negeri kelahirannya, Kelantan. Safiyyah membawa diri entah ke mana. Tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang. Ehsan ada juga cuba-cuba mencari ke mana mutiara dakwah itu menghilang. Selepas peristiwa di dewan itu, Safiyyah sudah lesap dari pandangan. Sebenarnya program XPDC Dakwah itu adalah program terakhir mereka di universiti kerana masing-masing sudah di semester akhir dan akan keluar tidak lama lagi. Rasa bersalah menerpa ke dalam diri Ehsan kerana sebagai Presiden dia langsung tidak mengambil kisah hal akhawat hinggakan dia sanggup tidak membenarkan barisan akhawat ikut serta dalam program XPDC Dakwah itu.
 
            Sejak peristiwa itu, dia terkesan dengan kata-kata Safiyyah, dia sedar Safiyyah begitu marah kepadanya, mana tidaknya, Safiyyah adalah timbalannya, namun seringkali dia memperlekehkan barisan akhawat. Dia ada perancangan ingin berjumpa Safiyyah setelas peristiwa itu. Namun, Safiyyah seakan-akan ingin melarikan diri daripanya. Hari terakhir dia melihat kelibat gadis itu hanya pada hari konvokesyen mereka. Setelah itu…Safiyyah menghilang tanpa khabar berita. Dia kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Safiyyah untuk kali terakhir. Sebenarnya ada benda yang ingin dia utarakan….
 
            Hari ini merupakan reunion barisan kepimpinan tahun 2008~2010. Ehsan begitu semangat ingin turut serta. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan seseorang. Tidak lain tidak bukan, mutiara dakwah yang telah membuatkan hidupnya resah, Safiyyah. Dia rasa bersalah yang teramat sangat dengan apa yang telah dia lakukan. Dia berazam, hari ini dia akan luahkan apa yang tersurat di dalam hatinya selama ini.
 
            Ehsan sudah sampai ke Radix Chicken House. Tidak ramai barisan kepimpinan yang hadir. Dia tersenyum tatkala memandang sahabat-sahabatnya yang kini sudah berumah tangga. Baitul dakwah telah terbina. Rafiq melambai-lambai tangan ke arahnya. Ehsan segera menuju ke arah Rafiq. Mereka berpelukan dan bertanya khabar. Rafiq baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Fatimah. Fatimah merupakan salah seorang daripada barisan kepimpinan akhawat. Tidak sangka pula mereka bertemu jodoh.
 
            “Fiq…minta maaf la, ana tak pergi kenduri enta ritu. Ana ada kes la hari tu…”
 
            “Oh…tak pa la, ana faham…orang hebat sekarang ni…”

            “Eh mana ada…hai, sejak bila pula melekat dengan si Fatimah ya? Ana tak tau pun….”
 
            “Lama dah ana suka kat dia… dah sekian lama ana tanam impian nak miliki akhawat kita supaya senang nak berjuang bersama… cumanya kan enta dok provokasi kami supaya tak payah percaya kat akhawat ni. Ana kesian la pula. Tambah-tambah si Safiyyah tu…”
 
            Ehsan hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala mengenangkan sikapnya yang begitu menjengkelkan. Tidak ada rasa belas kasihan langsung terhadap barisan akhawat. Ehsan terpegun mendengar nama Safiyyah. Matanya liar mencari kelibat Safiyyah. Hampa. Tidak ada pun. Dia tak datang ka?
 
            “Hai…nta cari sapa Ehsan? Safiyyah ya?”
 
            “Eh…mana ada…”
 
            “Tu la…. Dulu ada depan mata, nta kata macam-macam. Tapi dalam hati bukan main lagi. Tak yah la nta cari dia. Dia dah tak da kat sini….”
 
            “Ha…dia pergi mana Fiq?”
 
            “Eh…tadi nta kata tak teringat kat dia…”
 
            “Jawab la soalan ana ni dulu…”
 
            “Nampaknya…Cik Ehsan kita ni ada hati dengan Safiyyah..”
 
            “Fiq….”
 
            “Ok… baik… Safiyyah dah pergi jauh dari sini…”
 
            “Dia pergi mana? Mana nta tahu ni…?”
 
            “Ana tahu la..zaujah ana kan kawan baik si Safiyyah tu. Selalu juga mereka berhubung melalui email..”
 
            “Oh…ya la…ana lupa Fatimah ngan Safiyyah tu sahabat baik… Fiq, dia pergi mana ya?”
 
            “Hm…lepas peristiwa kat dewan ritu, Safiyyah benar-benar berjauh hati. Dia rasakan semangat jihadnya dipermainkan. Dia rasakan dia dipandang hina… lantas dia mengambil keputusan untuk buktikan bahawa dia begitu mencintai syahid. Selepas tamat kuliah perubatan, dia terus mohon untuk jadi doktor di Palestin dengan harapan dia akan gugur syahid di sana. Ehsan…nta benar-benar mencabar semangat jihad seorang gadis yang bernama Safiyyah…!”
 
            Ehsan tergamam. Ya Allah, berdosanya dia kerana telah menghampakan harapan seorang mujahidah yang benar-benar cintakan syahid. Hinanya aku ini Ya Allah. Aku hebat bercakap mengenai jihad, akhirnya aku berjihad hanya di sebalik sebuah bangunan mahkamah. Tidak ke mana-mana roh jihadku itu. Setelah agak lama aku bersembang dengan Rafiq, dia hulurkan alamat email Safiyyah itupun setelah berjaya memujuk Fatimah supaya membenarkan Ehsan menebus kesalahannya.
 
            Ehsan serik. Dia akan pegang janjinya kepada Fatimah supaya tidak lagi memperlekehkan semangat jihad sahabatnya. Aku akan kotakan janji ku itu. Aku turut membawa satu harapan yang tulus suci. Aku ingin melamar Safiyyah menjadi sayap kiri perjuanganku.
 
            Malam itu… setelah dia selesai menunaikan solat sunat hajat dia duduk menghadap laptop. Ehsan tekad. Malam ini akan dia luahkan segalanya pada Safiyyah. Dia yakin bahawa Safiyyah adalah gadis yang akan bersamanya menelusuri baitul dakwah ini. Tangannya rancak melarikan pena penuh pengharapan buat seorang gadis yang cintakan syahid…..
 
To       : janjisyahid@yahoo.com
 
            Assalamualaikum….

          Ukhtuki fil aqidah…

          Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah?

          Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya.

          Jujur ana katakan, kelu lidah ini tatkala mendengar berita bahawa nti sedang berjuang di Palestina. Allah..hinanya ana kerana suatu ketika dahulu analah yang paling hebat berbicara. Ana rasakan ana begitu hebat. Namun kini, ana hanya mampu menegakkan keadilan bagi insan-insan yang berkunjung ke mahkamah. Hanya itu yang mampu ana jihadkan. Sikitnya pahala jihad ini berbanding dengan nti….

          Untuk pengetahun nti, setelah peristiwa di dewan tempoh hari, ana benar-benar rasa bersalah yang teramat sangat…. Ana cuba untuk mencari nti. Tapi ana rasakan nti cuba melarikan diri daripada ana. Reunion tempoh hari, ana berkobar-kobar untuk pergi kerna ana yakin nti akan turut hadir bersama. Malangnya nti tidak hadir… dari situlah ana ketahui ke mana nti menghilang…

          Safiyyah, sebenarnya dari mula detik kita bekerjasama sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, sudah terdetik di hati ini, menanam impian akan memiliki seorang insan yang bernama Safiyyah. Namun, ana cuba menepis gelodak perasaan ini dengan sengaja memperlekehkan nti. Sedangkan di dalam hati ini begitu menyukai peribadi nti. Maafkan ana kerana telah melukakan hati nti selama ini.

          Di sini, ana membawa suatu harapan yang tulus suci. Setelah sekian lama ana pendam, hari ini ana tekad nyatakan. Malam ini, ana Ehsan Fahmi bin Muzakir ingin melamar Safiyyah Hanisa binti Ismail sebagai sayap kiri perjuangan ana, kiranya sudilah nti menerima ana yang tidak seberapa ini. Ana ingin kita bersama menelusuri baitul dakwah ini agar bisa kita melestari sebuah daulah jua khilafah islamiyyah…

          Salam jihad dari ana…

Ehsan Fahmi
2 Januari 2011
10.45 pm

*****
            Malam itu sungguh syahdu sekali. Hari ini sudah hampir 3 kali Safiyyah mengalirkan air mata. Mana tidaknya, seawal pagi tadi dia sudah menerima pesakit. Tragisnya keadaan pesakit itu. Seorang bayi yang perutnya berlubang dek peluru yahudi laknatullah. Bayi tersebut sudah tidak bernyawa lagi tatkala sampai kepadanya. Dia pangku bayi tersebut lantas dia mencium pipi mulus bayi tersebut. Sungguh wangi bau bayi ini. Adakah ini yang dinamakan haruman kasturi buat pejuang yang syahid? Air mata Safiyyah gugur jua.
 
            Sepanjang berada di sini, hatinya begitu terpaut untuk terus di sini. Berjuang dan terus berjuang bersama anak-anak Palestina ini. Pernah sekali dia dibawa untuk melawat kem yang dipenuhi dengan kanak-kanak yang gigih berlatih memegang senjata. Air matanya gugur jua tatkala memandang kanak-kanak tersebut. Begitu mendalam semangat jihad mereka membela al-quds tercinta. Alangkah indahnya andai anak-anak bangsaku di Malaysia punya semangat begini.
 
            Sudah lama dia meninggalkan Malaysia. Apa khabar Malaysia hari ini? Ingat lagi tatkala saat dia ingin meninggalkan Malaysia, ibunya memeluk erat. Tangisan ibunya begitu kuat sekali. Masakan hati seorang ibu tidak sedih membiarkan anaknya mencurah tenaga di bumi Palestina. Silap-silap nyawanya akan turut melayang. Namun, ibunya mengerti hati Safiyyah yang terlalu mencintai syahid. Ayahnya juga turut menitiskan air mata. Ayahnya sudah pasti sedih ingin melepaskan anak gadisnya berjuang di bumi yang penuh mehnah.
 
            Safiyyah begitu keletihan hari ini. Dia melangkah longlai menuju ke katil. Baru sebentar tadi dia mendirikan solat Isyak penuh khusyuk dan tawadhuk. Sesekali kedengaran bunyi bom di sana sini. Itu sudah lumrah. Safiyyah sudah terbiasa dengan keadaan ini. Tidak ada lagi rasa gentar di hatinya kerana impiannya hanya satu, syahid fisabilillah. Safiyyah teringat akan ibunya. Dia mengambil laptop dengan niat ingin menghantar email buat ibu yang tercinta. Niatnya terbantut tatkala memandang satu email di inbox. Alamat email itu agak asing bagi dirinya. Dia membuka dan membacanya…..
 
            Safiyyah terkejut. Dia membacanya berulang kali. Adakah ini mimpi? Kenapa baru sangat ini kau muncul Ehsan? Setelah sekian lama aku tunggu? Safiyyah tersandar di bahu katil. Ya Allah…ujian apakah ini. Setelah agak lama dia menenangkan diri. Dia bingkas bangun menuju ke jendela. Dia pandang ke sekeliling, memandang panorama Palestina tercinta. Akhirnya dia tersenyum..dia sudah ada jawapan. Lantas dia segera menuju ke katil, melarikan pena mencoretkan sesuatu….
 
To       : ehsan_fahmi@yahoo.com
 
            Salam ku utus buatmu rakan jihadku dari bumi Palestina tercinta. Jujur ana katakan, ana agak terkejut menerima email dari nta. Setelah agak lama kita tak bersua, kehadiran email membuatkan hati ana berbolak balik. Tika ini ana baru pulang dari hospital dan baru sahaja menghayati panorama malam bumi Palestina tercinta.

          Ehsan Fahmi…setelah sekian lama, kini baru nta muncul. Lihatlah betapa egonya diri nta. Buat pengetahuanmu Ehsan, diri ini juga telah lama jatuh hati pada peribadimu. Ana kagum melihat semangat jihadmu. Ana senantiasa berdoa agar Allah kurniakan nta buat ana supaya dapat bersama-sama kita mengharungi perjalanan dakwah ini bersama. Namun, setelah peristiwa di dewan….hati ana begitu terguris dengan kata-kata nta. Aduh….adakah salah semangat jihad ana ini? Tak pa…ana abaikan…

          Ana tidak mahu berjumpa dengan nta setelah peristiwa itu kerana ana rasa malu sangat. Ana rasakan ana tidak layak memiliki semangat jihad itu. Lantas tertanam satu keazaman dalam diri ana, ana akan buktikan cinta ana terhadap perjuangan Islam melebihi segala-galanya. Tika membaca kiriman email ini, ana ingin katakan “ YA..” ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan nta.

          Namun…ana bangun dan berfikir untuk seketika sebelum mengemukakan jawapan. Ana duduk di jendela, memandang bumi Palestina ini. Di kejauhan kedengaran bunyi letupan di sana sini. Ana tersenyum. Ana sudah temui jawapan. Maafkan ana Ehsan Fahmi. Suatu ketika dahulu, ya..ana akui, ana punya perasaan pada nta. Namun, sejak kali pertama ana jejakkan kaki di sini, tidak ada apa yang ana runsingkan lagi. Setiap hari yang meniti di dalam doa ana ialah mati syahid sahaja…

          Buat Ehsan Fahmi, ana tidak dapat menerima lamaran nta. Izinkan ana menjadi wanita yang begitu mencintai syahid. Ana sudah tekad, diri ini hanya untuk Islam semata. Carilah gadis lain yang bakal bersamamu menelusuri baitul dakwah yang ingin nta bina. Ana bukanlah gadis yang dicari kerana ana sudahpun berkahwin dengan kematian. Kematian di bumi Palestina ini. Untuk pengetahuan, ana sudah mendaftar diri sebagai barisan pejuang akhawat yang akan menyerang tebing barat, Gaza pada Selasa ini. Restu ibu dan ayah sudah ana pohon. Petunjuk dari Ilahi sudah ana pohon. Jadi…bersiap sedialah ana untuk gapai cita-cita ana, mati syahid sebagai mujahidah pembela agama!

Salam juang dari ana…

Safiyyah Hanisah
Bumi Palestina
3 Januari 2011
9.35 pm

*****
            Ehsan Fahmi seakan-akan tidak mempercayai apa yang dibacanya. Masyaallah…. Inilah insan yang aku perlekeh suatu ketika dahulu. Semangat jihadnya tiada tolok bandingnya. Maafkan aku Ya Allah kerana memperlakukannya sedemikian rupa…
 
            Ehsan duduk berteleku di atas sejadah. Dia menyesal dengan perbuatannya selama ini… hinga sungguh dirinya…
 
“Ya Allah… kini aku sedar hakikat jihad yang sebenarnya. Tidak sepatutnya aku memandang hina terhadap insan lain yang begitu mencintai syahid. Aku tidak menyangka seorang gadis yang aku sangkakan lemah rupanya kuat semangat jihadnya hinggakan sanggup menginfakkan dirinya untuk Islam semata. Moga dia ketemu syahid Ya Allah…kerna itulah impiannya dari dulu lagi. Perkenankan doaku Ya Allah…”
 
Katakanlah: "tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan[646]. Dan Kami menunggu-nunggu bagi kamu bahwa Allah akan menimpakan kepadamu azab (yang besar) dari sisi-Nya. Sebab itu tunggulah, sesungguhnya kami menunggu-nunggu bersamamu."

~at taubah : 52~

[646]. Yaitu mendapat kemenangan atau mati syahid.
 

Thursday, March 3, 2011

Manakala kita Berdosa...


Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa
dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang, bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan
Tuhan semasa di dalam sembahyang."

Istighfar bererti meminta maaf, meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Di sini ingin diceritakan tentang dua istighfar.

Istighfar pertama:

Istighfar yang pertama ialah sebelum solat atau sebelum sembahyang, iaitu
sebelum takbiratul ihram.

Istighfarlah dan bertaubatlah sebanyak -banyaknya dan sepuas-puasnya.
Istighfarlah sehingga hati kita terasa kenyang, tenang dan tenteram.

Semoga dengan itu Allah ampunkan dosa-dosa kita.Supaya kita tidak membawa
dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang kita.

Antara sebabnya ialah:
1. Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang,bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

2. Manakala kita berdosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, kita
sebenarnya orang yang derhaka dengan Tuhan. Kalau kita sembahyang
juga tanpa kita bertaubat dari dosa-dosa tersebut maka sembahyang
kita ialah sembahyang orang yang derhaka dengan Tuhan.

3. Kalau kita berdosa dan kita tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa itu,
kita ialah orang yang angkuh dan sombong dengan Tuhan. Kalau dalam
keadaan itu kita bersembahyang, maka sembahyang kita ialah sembahyang
orang yang angkuh dan sombong, bukan setakat angkuh dan sombong
kepada manusia yang mungkin boleh dianggap ringan sedikit, tetapi
angkuh dan sombong dengan Allah itu sendiri iaitu Tuhan yang hendak
kita sembah.

4. Di dalam sembahyang, kita banyak berdoa. Kalau kita membawa dosa,
Allah murka kepada kita. Bagaimana kita dapat berdoa kepada Tuhan
yang sedang murka dengan kita. Apakah peluang bagi doa-doa kita itu
dimakbulkan Tuhan? Kalau Allah tidak makbulkan doa-doa kita kerana
Dia sedang murka kepada kita, mungkin kita akan selamat. Tetapi kalau
Allah makbulkan juga doa dan permintaan kita dalam sembahyang dalam
keadaan Dia sedang murka dengan kita, maka apa sahaja yang Allah
kurniakan itu akan menjadi istidraj. Iaitu ia akan menjadi nikmat
yang Allah kurniakan dengan marah. Ia akan menjadi nikmat yang tidak
diiringi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di hujungnya nanti,
kita akan jadi kufur nikmat.

5. Bagaimana pula hendak kita sembah Tuhan dalam keadaan kita sedang
derhaka kepada-Nya kerana dosa-dosa kita yang tidak terampun. Kalau
kita mengadap dan menyembah raja atau sultan manusia di dunia ini
pun, dalam keadaan kita derhaka kepadanya, mungkin dia tidak mahu
tengok kita. Kalau tengok pun, mungkin diherdik dan dimaki hamunnya
kita. Atau mungkin dia akan terus tangkap dan hukum kita.

6. Bagaimana pula akan kita sembah Tuhan kalau kita angkuh dan sombong
dengan-Nya kerana tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa kita. Angkuh
dan sombong itu bukan sifat hamba. Ia sifat Tuhan. Bagaimana boleh
kita bersifat sombong dan angkuh dan kemudian mahu menyembah Tuhan.
Ketika itu kita bukan lagi hamba. Kita tidak tawadhuk dan tidak
merendah diri di hadapan Tuhan. Ketika itu kita seolah-olah mahu
menyamai atau menandingi Tuhan. Dalam keadaan ini, bolehkah
sembahyang kita itu dianggap sebagai satu penyembahan atau satu
pengabdian. Adakah ketika itu kita benar-benar sedang sembahyang dan
sedang mengabdikan diri kepada Tuhan?

Inilah di antara sebab mengapa sembahyang itu gagal untuk menghidupkan
rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dalam diri orang yang
bersembahyang. Kerana dalam sembahyang, mereka dimurkai Tuhan, mereka
derhaka, dan mereka sombong dan angkuh dengan Tuhan. Bila sembahyang tidak
khusyuk dan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan tidak timbul atau
tidak wujud di dalam sembahyang, maka sembahyang itu tidak ada nilai dan
tidak ada erti apa-apa. Ia tidak mendidik hati kita dan tidak akan dapat
menjauhkan kita dari perkara-perkara yang keji dan yang mungkar.

 
Istighfar kedua:

Istighfar yang kedua ialah sesudah memberi salam. Lainlah kalau sembahyang
kita itu seperti sembahyang orang muqarrobin atau orang siddiqin yang tidak
ada lalai dalam sembahyang mereka. Bagi mereka ini, layaklah mereka
mengucapkan Alhamdulillah selepas salam sebagai tanda syukur kerana Allah telah kurniakan mereka nikmat khusyuk, tawadhuk dankhuduk di dalam sembahyang mereka.

Tetapi bagi kita orang-orang awam, yang sembahyang kita cacat sini cacat
sana, bocor sini bocor sana, koyak sini koyak sana dan defect sini defect
sana, mana mungkin layak bagi kita mengucapkan hamdallah. Adalah lebih
patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak
berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di
dalam sembahyang.

Contohnya:
1. Di hadapan Tuhan kita lafazkan berbagai-bagai perkataan, misalnya,
Allahu Akbarâ , tetapi tidak faham pun apa yang kita lafazkan itu.
Kalaupun faham, tidak terasa pula bahawa Allah itu benar-benar Maha
Besar di hati kita. Kita tidak maksudkan dan kita tidak rasa apa yang
kita kata. Kita hanya berlakon dan berpura-pura di hadapan Tuhan.

2. Dalam masa kita sedang menyembah Tuhan pula, jasad kita berdiri,
rukuk dan sujud, tetapi hati dan jiwa kita entah ke mana-mana. Allah
menunggu kita untuk disembah dan untuk menerima segala pengaduan
tetapi kita tidak hadir. Kita wakilkan sahaja kepada jasad dan tubuh
badan kita yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa. Jasad dan jawarih
kita sahajalah yang menyembah Tuhan.

Sudahlah di luar sembahyang kita tidak pernah bersama Tuhan, ini
sedang menyembah Tuhan dalam sembahyang pun kita gamak tinggalkan
Tuhan untuk berfoya-foya dengan hal-hal dunia.

Belum pernah lagi kita dengar ada orang yang mengadap raja atau
sultan dan sedang dia mengadap itu, langsung tidak menghiraukan raja
malah dia tinggalkannya sultan begitu sahaja untuk pergi ke kedai
membeli rokok. Tapi dengan Tuhan, semasa dalam sembahyang, inilah
akhlak dan perangai kita.

3. Dalam sembahyang, Allah bukan hendak berhadapan dengan jasad kita
tetapi dengan roh atau hati kita. Tetapi roh kita jarang hadir. Ramai
orang yang boleh membawa jasad dan lidah mereka untuk bersembahyang
tetapi tidak ramai yang mampu membawa roh dan hati mereka untuk
bersembahyang sama.Demikianlah kita orang awam, selalu sahaja tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan dengan Tuhan. Kalau ini berlaku di luar sembahyang pun sudah dianggap berat, inikan pula ia berlaku ketika kita sedang mengadap dan menyembah Tuhan. Lagi-lagilah ianya dianggap berat.
 Patut sangatlah kita beristighfar dan meminta ampun selepas memberi salam!!!

Sekian...hanya perkongsian bersama....

Panadol..ish..ish..


Doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??

Mengapa Mengeluh..??


Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat  5-6.
Sudah!Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.